Salah Ke Lelaki Baca Novel?
Kenapa aku letak title ni sebab selalunya mesti ada suara-suara macho yang cakap "ape ni lelaki baca novel", "tak maskulin la bro", "tak jantan la ko ni", "hang tau ke part mana nak menangis bila baca novel", "buruk sial tengok lelaki baca novel", "menyampah dowh", "jadi mat rempit baru betul lelaki bukan usung novel" dan banyak lagi. Persoalan kat sini salah ke? Ada ke tulis yang novel tu khas untuk perempuan sahaja? Tak adakan? Kalau dah orang minat baca novel apa salahnya sebab minat orang tak sama. Bukannya baca novel boleh buat seorang lelaki tu jadi auww ke ape pun. Aku baca novel sebagai hobi mengisi masa lapang yang sememangnya cukup lapang untuk aku dan aku tetap lelaki biasa sama macam korang yang jadi mat rempit cuma bezanya aku tak 'sebijak' korang yang suka gadai nyawa atas jalan untuk mengisi masa lapang tapi tu dah minat korang nak buat macam manakan. Apa pun baca novel tu best giler korang tak tau. Hanya orang yang pernah baca dan reti menghayati sesebuah novel je tau macam mana feel dia bila baca novel. Imaginasi sentiasa bermain difikiran untuk bayangkan keadaan dan suasana yang ingin disampaikan penulis sampai la satu tahap boleh menangis dowh dan meninggalkan kesan yang sangat mendalam kepada kita.
Sharing is caring. Share this article now!
uiks.... sape cakap tuh? aq baca novel pe? hahaha
masih jadi lelaki lagi nih... ahaks~
aq pling minat dari HM TUAH ISKANDAR, dan RAM... ahaks~