4+Ogos+2010=19
Di suatu sudut ruang tamu aku habiskan malam hari jadi aku bersama lappy yang diletak kemas di atas riba. Sesekali aku mengerling ke arah Sally yang tersayang di sisi aku, hmm senyap je Sally aku hari ni tak berdering pun cuma tadi je dia bersuara masa terima 3 mesej.
Tahun ni adalah angka belas yang terakhir untuk aku yang akan berganjak ke angka puluh sepenuh masa tahun hadapan dan insyaallah ratus jika masih di izin Allah. Tiada apa yang aku harapkan dan tiada apa yang aku impikan pada tahun ni kecuali berdoa kepada Allah supaya aku tidak sesat dalam hidup dan diampunkan segala dosa-dosa aku selama 19 tahun aku bernafas di atas muka bumi ini.
Pada hari ini tiada panggilan percuma yang aku buat, tiada sms percuma yang aku hantar dan tiada waiting call yang perlu di tunggu untuk berhubung dengan aku. Sepi betul brithday aku yang ke-19 ni. Mana semua kawan-kawan baik aku? Satu mesej pun aku tak dapat dari mereka, agak kecewa sedikit la bila orang yang selalu bersama aku tak ingat langsung hari jadi aku. Apa pun terima kasih kepada kawan-kawan yang lain sudi menghantar ucapan di Facebook, saya sangat menghargai dan sayang kamu semua. Tak lupa juga sepupu aku Syiera yang tak pernah miss hantar ucapan hari jadi kat aku setiap tahun. Terima kasih juga kepada Fana yang hantar mesej panjang berjela.
Ada sesuatu yang aku sangat terharu iaitu bila terima mesej dari Vinod Salvam kerana tak pernah langsung aku terfikir dalam kepala otak yang macha tu ingat brithday aku tapi dia lah orang yang pertama sekali wish brithday aku pukul 11.35p.m coz dia tak sihat so tak larat nak tunggu pukul 12. Mungkin dia ingat aku coz aku pernah tolong dia masa dia kena pukul dulu. Pada mulanya aku tak tahu pun siapa yang hantar mesej tu coz aku tak save pun nombor dia dan aku sangka Boy Ali yang hantar sebab Boy Ali tukar nombor baru dan aku reply :-
"Tq bro..ekh nk tnya ni sapa?
Rs2 boy coz dia yg selalu jd org terawal wish bufday aku"
Mungkin bagi sesetengah orang ucapan hari jadi tak penting tapi bagi aku ucapan hari jadi sangat bermakna kerana bila aku terima ucapan hari jadi aku dapat rasa yang kewujudan aku dihargai dan mendapat tempat di hati orang sekeliling aku walaupun cuma beberapa patah perkataan. Apa pun aku akan ingat hari ini 4 Ogos 2010 sebagai hari yang mengembirakan ;) tetapi terselit juga sedikit .........:(...........
Sharing is caring. Share this article now!
0 comments:
Post a Comment