I'm back
Assalamualaikum..Hadir kembali aku di sini setelah lama meninggalkan dunia web log ataupun lebih dikenali sebagai “BLOG” sampaikan account aku yang dulu pun aku dah lupa, nasib la tak banyak pun entri kalau tak mau jugak aku meraung tiga hari tiga malam tapi yang lecehnya kena buat balik semula add itu la ini la.
Kenapa aku suka blog? sebabnya di sini la tempat aku nak meluahkan perasaan, menyimpan beberapa kenangan terindah yang mungkin akan luput dari ingatan, mengutuk, menyindir, bergosip, menjerit, berkongsi cerita, berdakwah mungkin satu hari nanti dan tidak kurang juga membebel tak kira la panjang ke pendek tapi yang penting tak akan ada telinga yang panas mendengar bebelan aku ni kerana ia dalam bentuk tulisan bukan melalui suara aku yang merdu bak buluh perindu, he3. Lagi satu manalah tahu kot-kot cerita yang aku tulis boleh jadi karya agung ke, wah dah tentu-tentu aku akan jadi terkenal seperti J.K Rowling dan di ingat sepanjang zaman tapi takde maknanya penulisan aku nak di angkat menjadi karya agung sebab aku bukannya menulis novel, he3 ;p
bagi yang kurang berkenan
melihat inul bergoyang,
jangan marah,
maafkanlah,
ehh ehh asal ni tetiba je keluar bait-bait lirik lagu Goyang Inul? Aha sebenarnya aku bukan nak goyang gerudi kat sini tetapi sepertimana Inul, aku juga ingin memohon maaf pada yang kurang senang membaca blog yang aku tulis.
Sekian,
Yang Benar
MEGAT KAMARUL ASYRAF
INI ADALAH CETAKAN KOMPUTER, TANDATANGAN TIDAK DIPERLUKAN.
Sharing is caring. Share this article now!
0 comments:
Post a Comment