12 Jam Yang Bermakna
Satu perjalanan yang indah aku lalui di pagi hari 8/7/2010 bersama Syafiq, Mat dan Zahiruddin. Bermula dengan menaiki bas pukul 7 pagi menuju ke Lumut selepas German kalah dengan Spain, konon-konon kecewa gila lah macam orang putus cinta dalam filem sampai bawa diri ke kawasan yang boleh tenangkan fikiran. Kami memilih bas kerana ianya lebih mudah dan dapat menikmati permandangan berbanding kenderaan sendiri, lagi pun dah 5 tahun aku tak naik bas.
Dalam perjalanan ke Lumut bermacam-macam aku dapat lihat, suasana kesibukan pagi yang dah jarang aku tengok, kesegaran udara pagi di kampung yang masih belum tercemar, suasana kampung, pekan-pekan kecil, keindahan mentari pagi, budak-budak sekolah, ayam itik dan paling aku tak lupa bila melihat seraut wajah yang menenangkan menaiki bas yang sama untuk pergi ke sekolah, tenang dan segar je muka dia tak macam muka aku yang dah macam panda yang ada gelang hitam keliling mata sebab 1 hari tidur. Walaupun dia budak sekolah tapi wajah dia agak matang dan sangat lembut tapi aku cuma sekadar cuci mata di pagi hari je, takde niat nak mengorat pun. Dalam perjalanan yang hampir dua jam tu macam-macam yang aku berangan dan sampai tertidur dibuatnya.
Setibanya di sana mencari makan dulu sebab perut dah lapar. Setengah jam kemudian kami pun dijemput oleh kakak Mat untuk pulang berehat sebentar di rumahnya, yela satu hari tak tidur kot. Ingatkan nak rehat kejap je tup tup terlelap sampai pukul 4 petang. Bangun makan dan terus keluar ke tepi laut dan bergambar bagai. Lepas tu kami menuju ke Hutan Paya Bakau, sebagai orang yang menghargai alam sekitar kami agak tertarik dengan keindahan hutan paya bakau itu. Apa lagi bergambar sakan la sambil gelak ketawa hampir sejam dan lepas tu terus pulang ke Taiping dalam pukul 7 lebih. Itulah 12 jam yang bermakna bagi kami berempat.
Sharing is caring. Share this article now!
0 comments:
Post a Comment