Kelemahan utama handphone slide dan flip
Hai kali ni Asyraf nak berkongsi sedikit pengalaman menggunakan handphone slide(gelengsar) dan flip(lipat). Firstly fon slide or flip ni memang nampak stylo mana taknye boleh kepak sana kepak sini, tolak sana tolak sini tapi satu kelemahan dia cepat rosak. Apa yang cepat rosak? Handphone slide atau flip ada satu komponen yang dipanggil "Ribbon", komponen tulah yang menghubungkan bahagian atas dan bawah handphone jadi kalau ribbon ni rosak semua benda-benda kat atas handphone macam skrin, kamera dan speaker untuk dengar panggilan telephone tak berfungsi so skrin handphone pun blank lah jawabnya tapi tu tahap ribbon rosak yang betul-betul kritikal. Asyraf ada dua-dua jenis phone tu satu N95(slide) dan satu lagi 6085(flip), dua-dua model Nokia dan pakai tak sampai 2 tahun ribbon dah
rosak. Yang 6085 sekali repair kena RM75 tapi sekarang dah 3 kali repair rosak benda yang sama jugak so memang membazir baik beli fon baru je. N95 pulak baru je buat hal skrin dah tak berapa terang tapi benda-benda lain ok lagi, apa pun rasa sakit hati la jugak coz nak mesej or ambil gambar semua payah. Jadi kepada sesiapa yang bercandang nak beli handphone slide atau flip fikirlah betul-betul, kalau yang jenis ikut perkembangan semasa suka tukar-tukar handphone tu takde masalah tapi kalau jenis yang nak pakai handphone yang sama bertahun-tahun baik cari yang boleh tahan lama. Buat pilihan bijak dan jangan membazir duit.
Sharing is caring. Share this article now!
0 comments:
Post a Comment