Mencari Konklusi
Jadi aku termenung jelah bagi rasa bosan nanti mesti mengantuk punya. Entah kenapa tiba-tiba dalam fikiran aku bermain satu soalan. Soalan yang cukup untuk buatkan fikiran aku terhenti seketika. Teringat kembali akhir tahun lepas, disebabkan fikiran aku buntu untuk mencari apa yang harus dijawab ketika itu jadi aku biarkan sahaja soalan tu tanpa berikan sebarang jawapan.
Apa sebenarnya yang ingin disampaikan kepada aku. Dalam hati melonjak-lonjak perasaan ingin tahu, terasa nak saja aku hubungi dia sekarang tanya apa makna sebenar soalan tu tetapi masa sudah lama berlalu dan dia pun dah pergi jauh dari aku. Kalaulah aku menjawab walaupun cuma 1 patah perkataan saja waktu itu sudah pasti aku mendapat maksud yang ingin dia sampaikan tapi kenapa aku tak jawab apa-apa. Kenapa, kenapa??
Rasa kesal mula menghantui fikiran aku. Kalaulah ingatan boleh dipadam ingin saja aku buang semua benda yang lepas dari ingatan aku kerana memandang semula ke belakang tidak akan mengubah apa-apa selain cuma menambah kekesalan.
Sharing is caring. Share this article now!
0 comments:
Post a Comment