Petua yang berguna Vs Pemuda yang mungkin berkesan
Parut jerawat
Atasinya dengan....
~ Petua - Sapukan bahagian dalam kulit pisang pada parut jerawat. Lakukan berulang kali sehingga parut hilang.
~ Pemuda - Kalau guna kulit pisang seminggu sekali je boleh sapu sebab masa sembahyang Jumaat paling senang nak dapat kulit pisang, percuma pulak tu. Ala buat susah-susah je tu semua, baik beli je Mederma atau Bio-Oil.
Kereta bau durian
Atasinya dengan....
~ Petua - Ambil beberapa daun pandan dan ramas. Kemudian letakkan daun pandan di dalam kereta. Bau durian akan hilang dengan segera.
~ Pemuda - Isap je rokok banyak-banyak dalam kereta lama-lama hilanglah bau durian, tak pun hantar kedai cuci kereta Gujappa suruh dia cuci luar dalam and sembur minyak wangi sekali.
Mulut berbau
Atasinya dengan....
~ Petua - Bedasarkan petua, bau mulut boleh diatasi dengan kayu manis. Kayu manis boleh menghilangkan 50% bakteria. Selain itu bunga cengkih juga dipercayai boleh menghilangkan bau mulut dengan mengunyah setangkai bunga cengkih setiap hari.
~ Pemuda - Apa susah gosok je gigi dengan Colgate pastu kumur dengan Listerin ni bukan zaman batu nak kunyah-kunyah bunga cengkih buat pahit mulut je. Lagi pun chewing gum kan ada. Tiba-tiba teringat satu iklan chewing gum ni "Oh abang pendek".
Menghindari semut dari bekas gula
Cara-caranya....
~ Petua - Letakkan beberapa bunga cengkih dalam bekas gula. Bau dari bunga cengkih akan menghindarkan semut dari masuk ke dalam bekas gula.
~ Pemuda - Ala sembur je Ridsect kan senang biar mati semua semut. Buat apa halau nanti dia masuk tempat lain pulak. Kalau payah sangat simpan je gula dalam peti ais.
Tangan bau hanyir
Atasinya dengan....
~ Petua - Untuk menghilangkan bau hanyir selepas menyiang ikan, udang, memotong ayam dan daging, gunakan asam jawa dan gosok pada seluruh tapak tangan.
~ Pemuda - Biasanya buat Manicure je kat rumah tapi kalau malas boleh juga pergi nail salon. Bukan setakat hilang bau hanyir tapi dengan kuku-kuku sekali berkilat.
Bisul
Atasinya dengan....
~ Petua - Sapukan madu di sekeliling bisul lama-kelamaan bisul akan mengecut. Kapur juga boleh digunakan.
~ Pemuda - Tengok video lawak Geli Mat, Parang, Hang Tuah fail SPM dan Naik Unta Jet kat youtube sampai gelak berguling-guling, lama-kelamaan bisul akan pecah dan 2 hari kemudian sembuh seperti biasa.
Ketumbit
Atasinya dengan....
~ Petua - Ambil seulas bawang putih sapukan pada ketumbit dari semasa ke semasa hingga nampak perubahan.
~ Pemuda - Kalau petua guna bawang so aku cadangkan guna cili api setiap masa.
Tidur berdengkur
Atasinya dengan....
~ Petua - Campurkan 7 biji badam yang ditumbuk sehingga lumat ke dalam segelas air susu.
~ Pemuda - Penat kot kalau tiap-tiap malam nak tidur kena tumbuk badam sampai lumat. Sekarang ni kan dah ada Breathe Right, lagi senang tampal je kat hidung.
Sakit tekak
Atasinya dengan....
~ Petua - Amalkan minum air asam jawa.
~ Pemuda - Isap shisha sepuas-puasnya.
Awet muda
Cara-caranya....
~ Petua - Minum segelas air masak sebaik sahaja bangun tidur. Selain itu amalkan makan ulam-ulaman dan buah-buahan. Yang penting sentiasa ceria.
~ Pemuda - Dapatkan suntikan kolagen, vitamin C atau botox untuk awet muda. Ia terbukti berkesan.
Renung-renungkan dan selamat mencuba!
Jumpa lagi di "Petua yang berguna Vs Pemuda yang mungkin berkesan" dalam siri yang akan datang!
Amaran!!
Hati-hati dengan pesanan orang muda (Pemuda) sebab Asyraf takkan bertanggungjawab atas apa-apa yang terjadi.
Sharing is caring. Share this article now!
0 comments:
Post a Comment