Keganasan dan Kekejaman Rejim Zionis
Keganasan rejim Zionis menghancurkan Palestin bagai dihalalkan saja oleh negara-negara sekutunya yang kononnya membenci keganasan. Mereka hanya bersuara mengutuk tindakan Israel tetapi tidak memberi tekanan yang tegas ke atas Israel untuk menghentikan tindakannya. Apa yang lebih mengecewakan apabila kuasa-kuasa besar dunia Islam tidak mampu berbuat apa-apa untuk menghalang tindakan Israel.
Israel tidak pernah berhenti menyerang Palestin dan apabila Palestin bertindak balas mempertahankan tanah air mereka yang selama ini tidak henti-henti bermandikan darah, Israel berkata mereka diancam walhal merekalah yang mengancam rakyat Palestin.
Kekejaman Israel dapat dilihat apabila mereka membedil penempatan Palestin dengan menggunakan bom serta peluru berpandu yang dilancarkan oleh jet-jet pejuang, kereta kebal dan juga senjata-senjata canggih tanpa belas kasihan dengan alasan tempat yang diserang adalah kubu pengganas sedangkan tiada pengganas pun di situ melainkan pejuang yang menentang kezaliman pengganas yang sebenar iaitu penceroboh rejim Zionis yang membina negara dengan cara yang haram di atas tanah milik rakyat Palestin. Ada saja alasan yang dibuat-buat supaya mereka terlihat tidak bersalah dengan melebelkan rakyat Palestin yang berjuang untuk menuntut hak mereka ini sebagai pengganas. Sekali lagi begitu banyak nyawa orang awam yang tidak berdosa terkorban tidak kira orang tua, wanita serta kanak-kanak menjadi mangsa kekejaman rejim Zionis.
Bukan itu saja, mereka juga menghalang misi bantuan kemanusiaan yang ingin dihantar ke Gaza apabila konvoi kapal misi bantuan kemanusiaan yang tidak bersenjata diserang di perairan antarabangsa yang jelas melanggar undang-undang. Dengan menggunakan kekerasan dan bersenjata api mereka menembak mati beberapa aktivis pro-Palestin dan mengeluarkan kenyataan kepada umum mengatakan bahawa mereka diserang terlebih dahulu. Ini adalah tindakan yang tidak berperikemanusiaan. Selain itu, di manakah mereka yang mendakwa sebagai pejuang hak asasi manusia yang seharusnya tampil memperjuangkan nasib penduduk Gaza yang sememangnya berhak mendapat bantuan kemanusiaan tersebut.
Sampai bilakah kita ingin melihat dajal bertopengkan manusia ini terus-terusan membunuh orang Islam. Sampai bilakah negara-negara arab yang berpecah belah atas kepentingan masing-masing sanggup melihat saudara-saudara seagama kita dibunuh sedangkan Israel dikelilingi negara-negara arab. Jika seluruh negara-negara arab ini bersatu tidak mustahil keganasan Israel selama lebih 60 tahun ini dapat dihentikan sekaligus melenyapkan kekejaman mereka.
Ya Allah lindungilah umat Islam dari kezaliman puak Yahudi
Sharing is caring. Share this article now!
0 comments:
Post a Comment