Jangan Lakukan Jika Sayangkan Persahabatan!



Sahabat, kawan, member atau teman membawa maksud yang sama walaupun berbeza sebutan dan perkataan. So disini ada beberapa perkara yang harus korang elakkan andai korang sayangkan persahabatan agar berkekalan selamanya.

  • Hipokrit - Wah, wah, wah depan-depan bukan main baik lagi, tapi di belakang bukan main mengutuk sakan naa.
  • Dengar cakap orang - Ikatan persahabatan mesti hancur kalau asyik dengar fitnah orang je pastu tanpa usul periksa terus tak nak bertegur sapa.
  • Dengki - Setiap orang di dunia ada kelebihan dan kekurangan, jadi tak perlulah berasa dengki dengan sahabat jika dia mempunyai sesuatu kelebihan, sebaliknya kita harus berasa bangga.
  • Kedekut - Istilah tangkai jering sesuai ditujukan kepada orang yang kedekut. Jangan terlalu berkira dengan member-member, ala setakat rokok sebatang tu bagi jelah ataupun sekali sekala belanjalah member-member makan ke atau ape-ape jelah barulah persahabatan semakin erat.
  • Mengkritik - Mengkritik ada caranya. Tak salah sekiranya korang ingin menegur sikap sahabat tapi gunalah bahasa yang lembut dan jangan sampai menyinggung perasaannya.
  • Tikam dari belakang - Ini paling bahaya!! Tapi tak mati pun kena tikam dari belakang cuma jika sesuatu yang penat-penat dia bina tapi hancur sebab ditikam dari belakang tak mustahil dia akan mati bunuh diri.
  • Mengongkong - Alahai nak buat ape nak mengongkong orang lain. Setiap orang inginkan kebebasan.
  • Jealous - Ehh ehh tak perlu jealous melihat kejayaan seorang sahabat sebaliknya ucapkanlah tahniah dan kongsi kegembiraan itu bersama.
  • Bila susah baru cari - Ni ayat yang paling famous sekali. Sure korang pernah dengarkan.
  • Dendam kesumat - Buang yang keruh ambil yang jernih. Yang sudah tu sudah. Tengok tak ape yang jadi dalam cerita Nenek Kebaya? kucar-kacir sebab dendam.
  • Mulut longkang - Maksud aku bukanlah mulut bau longkang tapi maksudnya bila bercakap tu tapislah sikit, jangan cakap ikut sedap mulut je.
  • Pentingkan diri sendiri - Kalau ingin membuat sesuatu keputusan yang melibatkan kawan-kawan jangan membuat keputusan sendiri tanpa berbincang terlebih dahulu. Ini akan mengundang rasa tidak puas hati kawan-kawan yang lain.
www.tips-fb.com 2 comments

Sharing is caring. Share this article now!

2 comments:

  1. Sentiasa berfikiran terbuka dan pupuk rasa positif dalam perhubungan...