Malam Gilang Gemilang Yang Hilang

SMK SAINT GEORGE TAIPING
Inilah sekolah aku yang tercinta terdapat berjuta kenangan terindah kat sini. Aku tak pernah menyesal sekolah kat sini sebab sekolah ni dah macam sekolah milik datuk aku coz aku boleh buat sesuka hati kat sini. I miss my school days!!

Sepatutnya aku post masa 6hb Jun tapi dah terlajak sampai hari ni baru teringat nak post entry ni.

Cerita aku bermula pada pukul 8 malam 6hb Jun 2010.

Pada awalnya aku tak berminat pun nak pergi event Georgian Night tapi memandangkan Khaiwi tak habis-habis mengajak aku pergi terpaksalah aku turut, lagi pun George tu sekolah lama aku. Setelah tu kesian jugak kat mereka kena tunggu aku bersiap seperti mana yang dah mereka sedia maklum yang aku ni bersiap memang lama kalah anak dara. Start pukul 8.30 sampailah pukul 9.40 mereka tunggu tapi last-last mereka belah pi mana pun tak tau la mebi dah fed up tunggu aku lama sangat kot pastu aku pun mesej bagi tahu suruh mereka pergi sana terus. HaHaHa sori weyh buat korang tunggu.

Lepas tu aku pun habis bersiap tapi tak la se'stylo mana pun coz tak bersemangat waja sangat nak pergi dan akhirnya aku pun sampai ke event yang gilang gemilang. Dalam fikiran aku mesti best giler ala-ala High School Musical dan aku akan menjadi seperti Zac Efron digandingkan dengan seorang gadis dalam bayangan aku macam Lisa Surihani sedang menari dan bernyanyi tetapiiiiiiiiiii hampeh!! Tinggi betul imaginasi aku sedangkan dah aku tahu yang sekolah aku mana ada student perempuan kecuali budak form 6 itu pun berapa kerat je.

Pukul 10 lebih barulah aku jejak kaki ke dalam dewan. Cheit tak meriah mana pun macam digembar gembur, mungkin sebab aku sampai lewat kerana dah pun sampai ke kemuncak event apabila persembahan yang terakhir malam tu dihiburkan oleh seorang beat box no 1 dalam Malaysia tapi sama ada dia tu Shazet atau Shawn Lee aku tak pasti yang penting memang terbaik persembahan dia malam tu.

Selain tu dapat jugak jumpa kawan-kawan lama bayangkan dah berapa tahun tak jumpa dan Georgian Night berjaya pertemukan kita orang kembali. Tapi apa yang mengecewakan aku malam tu sebab seorang cikgu pun tak kelihatan, rindu jugak kat cikgu-cikgu terutama Cikgu Hashimah yang aku dah anggap macam mak aku sendiri dan Mr Muscle iaitu Cikgu Shuzaimi. Apa pun ianya tetap berbaloi.

p/s: teringin nak buat blog pasal kenangan terindah di sekolah.

www.tips-fb.com 2 comments

Sharing is caring. Share this article now!

2 comments:

  1. rugi jugak tak sempat jumpa cikgu kita

  1. hah sekolah george jgk kew bro?