Ada Apa Dengan Mencarut??

Dalam satu hari mesti korang pernah dengar atau sama-sama mencarutkan. Apa yang peliknya mencarut ni dah jadi macam satu budaya turun temurun yang harus di sebut setiap hari. Kena cuit sikit dah "b%t#h pak hang", melawak sikit je dah kena"p%k# mak hang". Aku pun kekadang ter'mencarut jugak tapi aku memang cuba betul-betul elakkan dari mencarut. Kalau benda-benda yang tak elok tu senang je keluar dari mulut padahal tak ada sapa ajar pun tapi tak tau la kalau-kalau ada kelas tusyen yang ajar mencarut. Ehh ada ke orang yang nak pergi kelas mencarut? Rasa-rasa tak ada so tak payah jawablah soalan aku ni coz aku sendiri dah jawab.


Apa ada dengan mencarut bagi pencarut tegar?

1. Mencarut bagi mereka mungkin dapat terangkan hati kot.
"Esok aku nak ambik ujian undang-undang baik aku mencarut banyak-banyak arini bagi terang hati ##$%%#@%$% ^%^%#%$%".

2. Mencarut bagi mereka mungkin cuma nak tunjuk samseng je.
"Nak jadi samseng mesti kena mencarut. Mana ada samseng pegang tasbih nyanyi lagu nasyid weh".

3. Mencarut bagi mereka mungkin dah jadi rutin harian.
"Adoi sakitnya perut aku macam kena tendang dengan gajah bukan sebab tak makan tapi sebab satu hari ni aku belum mencarut lagi. Apa lagi mencarut yang ada ek? Bosan la aku hari-hari mencarut yang sama je".

4. Mencarut bagi mereka mungkin senang nak tarik perhatian awek-awek cun.
"Fuyoo ada awek cun. #$^%^$$%#%^%^$#^%%&&$%#$ harap-harap awek tu tergoda dengan kepetahan lidah aku menggubah lagu ciptaan Bajai menjadi versi mencarut".

5. Mencarut bagi mereka mungkin nak rasa diri macam orang putih ala-ala rapper gitu.
"Yo motherfu#k*r wassap dog.. Ehh kawan-kawan aku ni anjing ke yang aku tanya macam tu?"

6. Mencarut bagi mereka mungkin sebab nak keluarga malu.
"Yes!! akhirnya aku berjaya dapat award dari tok ketua kampung. Award Mulut Kuat Mencarut termasyur dalam kampung, harap-harap mak bapak aku bangga dengan pencapaian aku setakat ni".

7. Mencarut bagi mereka mungkin sebab nak cari gaduh senang yela nak tunjuk kuat.
"Takde cara lain yang boleh aku buat untuk masuk wad I.C.U kecuali mencarut, cepat sikit aku mati pahala yang aku kumpul dengan mencarut dah banyak ni".

8. Mencarut bagi mereka mungkin dah sebati.
"Wahhh kejahatan mulut aku dah seri dengan syaitan, boleh daftar jadi geng ni. Harap-harap yuran tahunan tak mahal".

Ni cuma pendapat aku je, manalah tahu kot-kot betul kan.
Sampai bila nak jadi kaki mencarut macam kat atas tu?
Malu weyh kalau aku ada kawan macam kat atas tu dasar orang yang tak tahu adab.
Kalau mengucap, istighfar, selawat tu berat betul mulut nak sebut padahal dari kecil lagi dah dididik. Mungkin bagi mereka mencarut ni perkara biasa tetapi...........

  • "Tidak ada sesuatu pun yang lebih berat di dalam timbangan orang mukmin di hari kiamat kelak melebihi timbangan budi pekerti yang baik. Sesungguhnya Allah sangat benci orang yang keji dan suka bercakap dengan percakapan kotor"
  • "Diriwayatkan daripada Abdullah Ibnu Mas'ud r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Bukan dari golongan kami orang yang menampar pipinya, mengoyak-ngoyak saku bajunya atau berdoa dengan doa orang-orang jahiliah"
Berdoa dengan doa orang-orang jahiliyah yang dimaksudkan di hadith tersebut ialah mencarut. Bayangkanlah kebencian rasulullah terhadap orang-orang yang mencarut sehinggakan baginda tidak mengaku umatnya.
Berubahlah wahai pencarut tegar.

www.tips-fb.com 4 comments

Sharing is caring. Share this article now!

4 comments:

  1. yg no 6 tuh x menahan betol.hahaha

  1. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    WELCOME—WELCOME-- WELCOME
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    ~~۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞~
    ~۞~ Kembara~Mahkota~~Johor~۞~
    ~~۞ ~(KMJ) 2010~edisi~ ke12~۞~
    ~۞ ~~26 hingga ~28 Jun 2010~~۞~
    ~~۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞~
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    WELCOME-- WELCOME-- WELCOME
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

    Salam kunjungan salam ziarah…. Thanks kerana berkongsi story pada kami. Salam sebuah persahabatan salam satu perkenalan dari blog kami... Moga kami mendapat maklum balas dan respont yang baik dari blog anda...

    uhhhhh... sokong jangan cakap benda tak bermoral... jangan jadi pencarut tegar

  1. isy3..x baik mencarut..nice entry..makan dalam tu..hehe

  1. miss nana> ahakz rasa-rasa ada tak tok ketua bg award mcm tu..hehe

    Afzainizam> Salam sebuah persahabatan..tq2..ehh link apa tu? xpew akan ku ber'shuffle-shuffle kat sana nanti ok..yup jangan jadi pencarut tegar basahkan lidah dgn berzikir..

    DuniakuAbstrak> yeah mmg xbaik sebab mencarut x bleh terangkan hati kecuali kotorkan hati je..ahaha