Penting Kepada Kawan-Kawan Blogger Aku

Kepada blogger-blogger sekalian saya telah pun berpindah ke blog baru yang lagi cantik dari blog ni yang gelap semacam je macam rumah hantu, cari aku di blog baru di alamat http://asyraf-7.blogspot.com/.
Jumpa korang semua dia blog baru ok. www.tips-fb.com 0 comments

Kesakitan Untuk Dunia




Jika aku dapat merubah segala pasti aku akan tukar dunia ini menjadi sangat aman.
Terlalu banyak keganasan dan kekejaman yang meresapi tubuh manusia akibat dari kebencian.
Untuk melenyapkan kekejaman dan keganasan, kebencian didalam hati harus dihapuskan.
Selagi manusia hidup dengan kebencian selagi tu dunia takkan aman. 

Disebabkan kebencian dendam mula tercipta.
Bila diri dikuasai dendam takkan ada yang mampu bergerak dalam fikiran yang benar.
Perkataan aman, belas kasihan tak pernah wujud lagi di fikiran.
Rasa sakit, terima rasa sakit, tahu rasa sakit. 
Dunia terus dilimpahi darah, langit hanya menangis menjadi saksi.


Sekai ni itami o,
Asyraf.

www.tips-fb.com 1 comments

Geng Blogger Diserang Malware



Geng Blogger diserang Malware dan ia turut menjejaskan blog yang yang ada kaitan dengan Gengblogger. Jadi buat sementara waktu buang banner Gengblogger dari blog adalah langkah yang baik untuk mengelakkan dari terkena Malware sehingga masalah ini diselesaikan.



www.tips-fb.com 0 comments

Mencari Konklusi


Entah apa mimpi aku hari ni nak tidur awal pun tak tau. Tengok jam baru pukul 1.40 pagi, bagi aku waktu macam tu masih awal sedangkan orang lain sudah lena dibuai mimpi. Pusing ke kiri, pusing ke kanan tak boleh tidur jugak. Kalau dah tak boleh tidur paksa macam mana pun takde maknanya.

Jadi aku termenung jelah bagi rasa bosan nanti mesti mengantuk punya. Entah kenapa tiba-tiba dalam fikiran aku bermain satu soalan. Soalan yang cukup untuk buatkan fikiran aku terhenti seketika. Teringat kembali akhir tahun lepas, disebabkan fikiran aku buntu untuk mencari apa yang harus dijawab ketika itu jadi aku biarkan sahaja soalan tu tanpa berikan sebarang jawapan. 

Apa sebenarnya yang ingin disampaikan kepada aku. Dalam hati melonjak-lonjak perasaan ingin tahu, terasa nak saja aku hubungi dia sekarang tanya apa makna sebenar soalan tu tetapi masa sudah lama berlalu dan dia pun dah pergi jauh dari aku. Kalaulah aku menjawab walaupun cuma 1 patah perkataan saja waktu itu sudah pasti aku mendapat maksud yang ingin dia sampaikan tapi kenapa aku tak jawab apa-apa. Kenapa, kenapa??

Rasa kesal mula menghantui fikiran aku. Kalaulah ingatan boleh dipadam ingin saja aku buang semua benda yang lepas dari ingatan aku kerana memandang semula ke belakang tidak akan mengubah apa-apa selain cuma menambah kekesalan. 



www.tips-fb.com 0 comments

4+Ogos+2010=19

Di suatu sudut ruang tamu aku habiskan malam hari jadi aku bersama lappy yang diletak kemas di atas riba. Sesekali aku mengerling ke arah Sally yang tersayang di sisi aku, hmm senyap je Sally aku hari ni tak berdering pun cuma tadi je dia bersuara masa terima 3 mesej.

Tahun ni adalah angka belas yang terakhir untuk aku yang akan berganjak ke angka puluh sepenuh masa tahun hadapan dan insyaallah ratus jika masih di izin Allah. Tiada apa yang aku harapkan dan tiada apa yang aku impikan pada tahun ni kecuali berdoa kepada Allah supaya aku tidak sesat dalam hidup dan diampunkan segala dosa-dosa aku selama 19 tahun aku bernafas di atas muka bumi ini.

Pada hari ini tiada panggilan percuma yang aku buat, tiada sms percuma yang aku hantar dan tiada waiting call yang perlu di tunggu untuk berhubung dengan aku. Sepi betul brithday aku yang ke-19 ni. Mana semua kawan-kawan baik aku? Satu mesej pun aku tak dapat dari mereka, agak kecewa sedikit la bila orang yang selalu bersama aku tak ingat langsung hari jadi aku. Apa pun terima kasih kepada kawan-kawan yang lain sudi menghantar ucapan di Facebook, saya sangat menghargai dan sayang kamu semua. Tak lupa juga sepupu aku Syiera yang tak pernah miss hantar ucapan hari jadi kat aku setiap tahun. Terima kasih juga kepada Fana yang hantar mesej panjang berjela.

Ada sesuatu yang aku sangat terharu iaitu bila terima mesej dari Vinod Salvam kerana tak pernah langsung aku terfikir dalam kepala otak yang macha tu ingat brithday aku tapi dia lah orang yang pertama sekali wish brithday aku pukul 11.35p.m coz dia tak sihat so tak larat nak tunggu pukul 12. Mungkin dia ingat aku coz aku pernah tolong dia masa dia kena pukul dulu. Pada mulanya aku tak tahu pun siapa yang hantar mesej tu coz aku tak save pun nombor dia dan aku sangka Boy Ali yang hantar sebab Boy Ali tukar nombor baru dan aku reply :-
"Tq bro..ekh nk tnya ni sapa?
 Rs2 boy coz dia yg selalu jd org terawal wish bufday aku"

Mungkin bagi sesetengah orang ucapan hari jadi tak penting tapi bagi aku ucapan hari jadi sangat bermakna kerana bila aku terima ucapan hari jadi aku dapat rasa yang kewujudan aku dihargai dan mendapat tempat di hati orang sekeliling aku walaupun cuma beberapa patah perkataan. Apa pun aku akan ingat hari ini 4 Ogos 2010 sebagai hari yang mengembirakan ;) tetapi terselit juga sedikit .........:(...........

www.tips-fb.com 0 comments